Thursday, February 13, 2014

Throwback : COFFEE ROASTERY




Assalamualaikum. Entry kali ni sesaje jer nak throwback masa last exam module 2 hari tuh, 4 Februari 2014 malam tu satu rumah pergi dinner kat Coffee Roastery (CR) setelah 3 bulan mengidam-simpan duit nak makan kat sini hehehe. Kena lah save duit sebab makan kat sini perghh boleh tahan lah jugak harga dia. Bila fikir-fikir balik maybe kalau nak makan kat CR ni 2 tahun sekali boleh lah kot hahaha *takde duit*. Balik tu rasa macam nak nangis pon ada bila check purse tengok-tengok dah makin kempis. Tapi seriously berbaloi lah jugak makan kat CR sebab sumpah sedap makanan dia. Lagi-lagi fettucinni carbonara. Perghhh sedap yang amat! 



Anis, Saya, Raihan



Menyempat jer selca dalam lift hehehe



Taraaa! Hasil 30 minit pegang menu taktau nak makan apa




Selca dan Kami berpisah tiada



Bagi mereka yang nak travel or jejalan ke Alex, CR adalah antara tempat makan yang best kat sini. Tapi make sure bawak duit banyak-banyak tau. Tak pon, menabunglah duit tiap bulan macam kami-kami ni before datang sinih hehehe.



Last but not least, gambar sendiri hehehe  


InsyaAllah ni last entry before exam module 3 sabtu ni, 15 Februari. Pray for batch i-MEC biar semua dapat Mumtaz, ameen! Happy reading and assalamualaikum.


Thursday, February 6, 2014

Surah AN-NABA'




Assalamualaikum. Alhamdulillah semalam 5 Februari 2014 sempat join sharing dengan akak-akak Smart Circle saya, Kak Salwa and Kak Piya. Sharing ni buat dekat rumah akak senior kami dekat Cleopatra. Murah jer rezeki hari tu, lepas sharing akak senior tu siap hidang spaghetti bolognese lagi muehehehe. Okay lupakan pasal makanan kejap, kita back to topic *maaf excited sikit bila bab makan haha* Sharing hari tu berkenaan dengan tafsir surah An-Naba'. Surah An-Naba' ni merupakan surah yang ke-78 di dalam Al-Quran dan surah pertama dalam juzuk amma (juzuk 30). Merupakan surah Makiyyah dan mengandungi 40 ayat. Conclusion daripada tafsir surah ni kita dapat lihat ada 4 fasa atau 4 cerita yang ada dalam surah An-Naba':


1. Menceritakan tentang manusia yang tertanya-tanya bilakah hari kebangkitan akan berlaku.
2. Menceritakan tentang kejadian alam dan makhluknya yang Allah ciptakan di muka bumi ini.
3. Menceritakan tentang balasan ke atas orang yang ingkar dengan suruhan dan larangan Allah.
4. Menceritakan tentang nikmat yang diterima oleh orang-orang yang bertaqwa di akhirat kelak.






Walaupun simple je tapi insyaAllah harap entry ni dapat beri manfaat untuk semua. Ni saya sertakan sekali video Surah-An-Naba'. Boleh lah tengok sambil kunyah kacang ke makan burger ke hehe. Lailan saidah semua. Assalamualaikum.

What's The Story?




Assalamualaikum. Two days after exam module 2 baru mood nak update blog ni datang. Plus ditambah dengan kedinginan winter kat mesir ni, laaaaagi lah jadi kurang rajin hehe. ceh ayat tak boleh blah haha.


3 FEBRUARI 2014

Got a good news from Malaysia, dapat newborn baby boy cousin yang ke 13! Sebab saya ni cucu sulung, so memang patutlah sepupu pon tak ramai sangat. Tapi bila time kumpul ramai2, perghh meriah sebab sepupu semua kecik-kecik comel jer. Takpelah kiranya jaga sepupu-sepupu kecik ni membantu jugak untuk practise jadi bakal ibu kan? eh acah jer hehehe.






Putih nye si kecik comel nih! Geram nengok! Kalau ada depan mata memang kena cubit je satgi pipi dia. Yang paling penting, baby boy ni masih lagi mewarisi genetik warisan turun-temurun keluarga sejak dulu lagi, MATA SEPET. comel jer dia. Nanti kak ika balik kita jumpa eh sayang!



Nik Muhammad Ausa Al-Haziq




4 FEBRUARI 2014

Next day pulak, lepas exam module 2 tu tiba-tiba semua macam "eh lapar kek lah. jom cari kek". Mula-mula bajet jalan-jalan area Mahattah Tram ingat nak beli kek je tapi sekali TERsinggah pulak kat satu kedai makan ni. Nampak macam best jer macam sedap je makanan dia macam murah jer, so kitorang pon decide lah makan kat sini terus untuk lunch sebab kalau balik pon bukan semua rajin nak masuk dapur hehehe.



Nampak tak wajah riang gumbira bila dapat makanan? hahaha



Chocolate walnut cake yang memang marvelous and murah!



Berbelit lidah nak sebut. Almaklumlah terlebih makan budu hehe



Basmati rice with chicken grill. Ni yang raihan order



Seafood fried rice yang tersangat banyak seafood nye dan murahhhhhhh


housemate tercintaaa, Raihan


Kat mesir ni memang makanan kebanyakkannya murah-murah and sedap! Serious tak tipu. Maybe sebab lidah ni ada 'chemistry' dengan makanan arab so telan jer semua. Pipi pon dah kembang semangkuk dah. Berat pon taktau berapa sekarang. Lantaklah janji hidup bahagia kan huhu. Bila cerita bab makanan ni memang tak habis sampai ke esok lah rasanya. Setakat ni dulu insyaAllah. Bye assalamualaikum!

Sunday, February 2, 2014

Surah AL-ASR

A really simple entry for today, about Surah Al-Asr. Lusa saya exam, tak sempat nak buat ayat panjang-panjang hehehe. Pray for my success. Semoga video ni bermanfaat untuk semua. Happy watching guys ^^.