Friday, January 31, 2014

Kahwin?

Assalamualaikum. Haih rasa tak lengkap rasa kalau sehari tak update blog. Ceh ayat hahaha. Hambar k hambar *krikk krikk*. Okay sejak duk sini kan, sejak masuk alam ke arah dewasa ni mesti mulut ni gatal jer nak cakap pasal kahwin. Rasanya mostly semua orang macam tu kan. Tipu lah kalau cakap tak haa haa baik semua ngaku cepat! Hahahahaha







Kalau kahwin awal cakap gatal tapi couple takpe plak? Fatwa dari mana ni adek oii. Ni mindset orang kita sekarang. Sedangkan kahwin dapat elak daripada zina, tapi couple? haa cuba duduk sejenak dan fikir adakah dengan couple lebih banyak dapat kebaikan ke keburukan. 



"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk". (surah Al-Isra', ayat 32)



Teringat sebelum datang mesir ni, pak cik saya, Ayah Ngah ada bagitahu :



"Kak ika, kalau nak cari bakal suami cari yang hensem lah sikit tapi sebelum tu bawak datang rumah. Kita buat jamuan sikit, lepas tu ayah ngah nak test jadi imam. Boleh ke tak nak jadi suami. Nak kahwin, tapi jadi imam pon tak lepas mana boleh".



Hahaha tergelak dengar ayat Ayah Ngah. haduhh lambat lagi kot. Tak terfikir nak kahwin masa belajar sebab umi dah bagi warning awal-awal lagi dah *hehehe*. Banyak benda yang saya nak capai lagi dalam hidup ni sebelum nak jadi zaujah orang. 1st, kerja dulu. Then tu barulah waktu yang sesuai kot nak fikir pasal ni.






Haa before nak dapat yang 'awesome' before tu diri sendiri kena lah prepare untuk jadi 'awesome' dulu. Teringat tajuk diskusi dalam Masjid An-Naim masa sekolah dulu haha. Ni tajuk diskusi yang paling HOT kot. Semua bersemangat nak dengar hehe.


"MENJADI YANG SOLEHAH SEBELUM MENDAPAT YANG SOLEH"






Saya : Kak Hana, Kak Yana (housemate) pakcik kita suruh kita cari yang hensem. Macamane ni? Kalau tak dapat yang hensem???
Kak Hana : Hensem rupa tak penting ika. Yang penting imannya tuh kena 'hensem'.



Perghhhh daebak lah jawapan Kak Hana. Ternganga jugak lah masa mula-mula dengar haha. Kalau fikir balik, betul lah jugak kan hmm hehe. 





Definisi lelaki yang hensem bagi saya :

             1. He must really good in religion because he's the one who have to guide me
                 and our children in the future.
             2. Love and respect his parents.
             3. Know his responsibility to his family.
             4. Independent *sifat kebapaan tu penting*
             5. Can accept me with all his heart *ceh yang ni tak boleh blah haha*

+

tambahan, yang hafal quran *kalau boleh*



Bagi saya, part yang hafal Al-Quran tu lah yang the most handsome man in the world ever! Even dia bukan hafal satu AL-Quran pon. Actually i'm really admiring people yang menghafaz ni. like seriously tetiba rasa macam wow wow wow je. Excited kot haha. Kadang-kadang boleh jadi inspirer and pembakar semangat nak hafal jugak. Kagum dengan mereka-mereka ni. Subhanallah.







Senang cerita lah kan, untuk dapat yang baik ni bukan senang sebab apa yang penting diri sendiri ni ha kena jadi baik dulu. Yang mana sekolah lagi tu, takyah sibuk-sibuk nak fikir pasal kahwin okay? Belajar dulu adikku sayang. Okay lah, setakat ini sahaja untuk entry kali ni. Jari jemari ni pon dah letih dah menaip hehe. Bye Assalamualaikum. Jaga diri jaga iman jaga hati sayang :)



Wednesday, January 29, 2014

Surah AL-HAJJ

Assalamualaikum. Nak ambik mood sikit before start study hehe *baru lepas supper* so nak update blog kejap. On the last entry saya ada bagitau nak share pasal surah Al-Hajj ayat 39-46 kan? InsyaAllah saya nak kongsi sikit info yang saya dapat pasal tafsir ayat nih. Sikit pon jadi lah kan daripada tak dapat apa-apa, betul tak? Semoga bermanfaat buat semua insyaAllah. 


Okay mengenai ayat 40 surah Al-Hajj ada disebut tentang


 "orang-orang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar...". 


Bila baca tafsir ini tidakkah kita terdetik tentang saudara-saudara kita di Palestin bagaimana mereka diusir daripada negara mereka sendiri oleh israel laknatullah sampaikan mereka terpaksa menjadi pelarian sedangkan mereka mempunyai negara mereka sendiri. Negara mereka dikuasai oleh israel sehinggakan sebahagian seluas-luas wilayah Palestin kini hanya tinggal tak sampai separuh pon. Ya Allah, kejam sungguh israel laknatullah.






"....Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama-Nya). Sesungguh, Allah Maha Kuat, Maha Perkasa".


Tiba sampai tafsir ni otak mula berfikir, ya Allah apa sumbangan aku selama ni dalam menolong agama Allah. Aku ada buat tak? Rasa macam rugi sangat hidup hampir 19 tahun tetapi sebanyak manakah yang pernah aku sumbangkan untuk Islam? 10% ? 20% ? 50% ? Dulu pernah jugaklah terfikir, hmm maybe sampai sekarang kot fikir, macamana aku nak tolong agama Allah? Kalau nak pergi berperang kat Palestin rasanya macam tak sanggup lagi pergi ke arah itu. Subhanallah, kagum betul dengan semangat sahabat-sahabat Rasulullah yang terdahulu sanggup syahid semata-mata demi menegakkan Islam. Kagum dengan semangat rakyat Palestin even kanak-kanak sanggup berperang dan syahid. Kerdil rasa bila mengenangkan diri sendiri. Ya Allah :'(


"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada". (Al-Hajj ayat 46) 






A : buta hati ni macamana? tak faham lah.
B : err... 


Buta hati ni lagi 'kronik' daripada buta mata. Hati kita dah beku dah keras, dah hitam, dah susah nak mendengar apa-apa nasihat dan bila Allah dah kunci hati daripada mengenal Allah dan menerima apa-apa kebenaran dari Allah. Itu dikatakan buta hati. Nauzubillah.






Pejamkan mata, muhasabah diri sejenak moga kita tak tergolong dalam golongan ini. Hm masih lagi terasa hati? Alhamdulillah, bersyukurlah kalau hati kita ni masih terjentik lagi nak menerima nasihat, hati ni masih tak kalis lagi dari tembakan peluru-peluru nasihat. Jom kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik lagi insyaAllah sebab nak masuk syurga ni tak syok kan kalau masuk sorang-sorang? haa kan? So, jom kita pimpin tangan sama-sama masuk syurga :)





Maaflah kalau apa yang saya sampaikan ini tak cukup 'sampai' untuk dibaca. Ayat kurang menarik sikit kot almaklum lah setahun dah tinggal buat esei bahasa melayu hehe. Setakat ini je yang mampu saya share kan. Aaaaaaa sedihnya rasa macam ayat tunggang-langgang sikit huhu. Saya budak baru belajar *lap air mata*. Kalau ada rasa macam tak kena je apa yang saya share tu boleh left your comment below. Sila beri tunjuk ajar bagi sesiapa yang lebih arif *bow bow*. Boleh kita sama-sama share apa yang kita tahu kan? InsyaAllah setakat itu sahaja untuk entry kali ni. Nak sambung study pulak hehe. Doakan kejayaan saya untuk exam module 2 & 3 untuk final sem 1 pada 4 Feb and 15 Feb insyaAllah. Assalamualaikum dan selamat beramal :)

Tuesday, January 28, 2014

Sanah Helwah

yang tengah tu birthday girl, Kak Hana

28 Januari 2014. Having bonding time together with ahli bait Dzillan Muhibbah today. Haa panjang tak nama rumah kami? haha. Dzillan Muhibbah = Teduhan Kasih Sayang. Ala-ala nama macam drama tv3 gitu kan hihi. 



"Sunnah Rasulullah yang selalu orang lupa adalah menamakan sesuatu benda. Contohnya, nama bait (rumah)" - Kak Khairun


Sejak semalam lagi kot buat preparation untuk birthday Kak Hana. perghh memang havoc kot! Bangun pagi tadi semua pakat merewang buat kerja rasa macam nak buat kenduri orang nak bertunang *ehem*. Raihan kena buat soto, Kak Yana kena gentel bergedil, Anis potong bawang, Syitah tolong goreng, saya tukang buat kek. Memang fully punya plan siap ada mastermind lagi. 



jangan jealous uollssss

Special bebenor birthday girl ni sorang sebab semua turun padang memasak sama-sama *bajet YB*. Akak-akak musyrifah kitorang, Kak Syira, Kak Faziera, Kak Khairun pon semua datang. Alhamdulillah dapat kumpul ramai-ramai hari ni. Uishh jealous sungguh weolls tau tak dengan Kak Hana sebab banyak gilaaa dapat kek free haha. Sempat jugak hari ni ada sharing sikit dengan musyrifah about Surah Al-Hajj, ayat 39-46. I will share it on the next entry insyaAllah.



Chocolate cake moist homemade


maaf gaya extreme sangat. mohon tutup mata semua

Rasa bahagia benor hari ni sampai rasa nak senyum sampai esok non-stop hehe. Betul lah orang kata, bila kita berukhuwwah ni rasa zuup masuk dalam hati rasa sayang kat sahabat-sahabat kita. Apabila sahabat kita tu rasa happy, kita pon akan turut sama happy jugak kan. Alhamdulillah Allah berikan kita rasa bahagia ini and share together-gether with all people. Maaflah, suka sangat buat ayat bahasa rojak ni huhu.



'Ukhuwwah qobla Quwwah'
(Berukhwwah sebelum menjadi kuat)


abaikan baju-baju dibelakang, tengok muka kami je okay


Akhir kalam, Sanah Helwah ya ukhti Nur Farhanah binti Idris. Happy sweet 20. May Allah shower you with His baraqah and bless you always my dear. Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat dan menjadi seorang doktor muslimah yang berjaya nanti insyaAllah. Uhibbuki fillah till jannah :)

Saturday, January 25, 2014

Assalamualaikum 2014



2014 is start with new life as a medical student at Alexandria Egypt. So far okay lah kot but i'm still trying to adapt with this environment. Belajar medic susah? Haha memang pon. Ni baru 1st year, ala-ala asasi gitu and kalau 2nd 3rd 4th 5th 6th year tu taktau lah nak cakap apa. When you decide to choose doctor as your career for the future, think thousand times guy. Tak pon solat istikharah lah moga Allah bagi petunjuk apa yang terbaik buat kita, pray to Him so that all what you do will going smoothly.





  
Mesti orang macam tertanya-tanya kenapa mesti egypt? bukan ke ada tempat yang lagi selamat ke? And my answer is please refer to [12:99]


"Maka ketika mereka masuk ke (tempat) Yusuf, 
dia merangkul (dan menyiapkan tempat untuk) kedua orang tuanya 
seraya berkata, 

"Masuklah kamu ke negeri Mesir, insyaAllah kamu dalam keadaan aman".
Surah Yusof, ayat 99