Saturday, September 12, 2015

Cerita Ceritu Ceriti

Bismillah. Assalamualaikum!

Rindu nye nak membebel kat blog ni. Internet punya pasal lah ni susah sangat kat Malaysia. Wifi takdak. Kat Egypt senang je wifi laju bakhang campur unlimited lagi memang boleh lagha tak study sentuh buku langsung satu hari haha.

Tapi kalau balik Egypt nanti, rindu Malaysia pulokk haih susah nau belajor jauh sangat. Rasa nak pindah Malaysia je tapi bila pikir wifi laju tu tak jadi pulak. Eh hahaha

Tahun ni balik Malaysia rasa macam terisi sikit lah masa tu sebab ada pergi kem 3 hari lah, buat program dengan junior sekolah dulu 2 hari, belajar kereta dengan abah tapi yang selebihnya duduk rumah goyang kaki kemas rumah jadi bibik tak bergaji 😑

Boring pulak bukak topik aku je kan 😐 okay lah aku rasa nak bukak topik yang berkaitan dengan hati dan perasaan lah pulak ceh dah dewasakan topik pon kenalah maju kihkih 😂

Korang pernah tak kena friendzone? Erti kata lain macam korang ada suka someone ni pastu bila dia dapat tahu korang suka terus dia reject jatuh gaung. Ada tak? Kalau aku mesti lah pernah rasa huhuhu

"Saya tak pernah anggap awak lebih daripada kawan baik level 1"

Nahh siap berlevel katakau. Pedih terus ulu hati aku bila dapat ayat camni daripada seseorang. Gila tak pedih. Rasa nak tikam diri pon ada. Astaghfirullahalazim tapi takde lah nak tikam betul, cuma nak tikam dengan pisau mainan ja haha weh aku waras lagi okeh.

Masa tu memang meroyan habis lah tisu berkotak habis, nangis berjam2 sampai bengkak mata dahsyatt siot aku. Aku more to nak marah lah kot berbanding sedih sebab perasaan aku kena main sedemikian rupa sobs. Sedih pon sedih sebab hodoh sangat ke hakak ni sampai direject begitu sekali. Yela dah hakak ingat kau suka akak jugak tapi tiba-tiba kau cakap camtu. Sampai hati 😢

Gila tak sedih kau sayang and suka orang tu bagai nak rak and kau bajet dia pon suka kau sekali dia cakap macam tu tak ke rasa nak bunuh diri? Malu kot. Main tepuk amai-amai sorang-sorang. Dasar ika pipi tersorong-sorong!

Agak susah lah nak bangkit balik lepas down jatuh bangunan 300 tingkat macam tu. Take time jugak. Aku banyak whatsapp dapat tips and semangat daripada kawan-kawan aku. Aku perlukan support system yang kuat gila biar aku tak mudah rebah walaupun kat luar nampak aku macam kental sado gila tapi dalam hati Allah je tahu. Allahuakbar.

Dalam seminggu sebelum tu aku ada story story dengan kawan aku. Dia cerita yang dia kena tipu dengan bf dia selama ni ingat bf dia tu sayang dia gila namatey sekali dapat tahu dah ada gf lain. Boleh pulak buat dono muka tak bersalah cakap kat kawan aku,

"Kita kan kawan, kau kalau ada suka or couple dengan sape2 bagitahu lah aku"

LOL gila mamat ni. Kalau aku jumpa rasa nak terajang je dia masuk longkang. Ni dasar hati batu ke apa perangai macam tu mainkan perasaan orang. Aku ni punya lah hari tu sumpah seranah bagai sekali seminggu lepas tu aku pulak kena benda yang sama. Haha gila memang gila. Aku senasib dengan kawan aku tu nampak gayanya kot haha *gelak sambil nangis*

Aku jeles dengan ayiz. Someone special dia sayang gila namatey kat dia and one day tiba-tiba macam ada betina mana ntah nak rebut pakwe dia, diorang punya fight for each other memang kuat i tell you alhamdulillah diorang bahagia. Sekarang tunggu green light je dah boleh terus kahwin dah. I'm happy for you yiz!

Moral of the story, kau takkan tahu seorang lelaki tu betul2 suka kau unless dia pergi jumpa dengan family kau terus ajak kahwin thats baru boleh kata he's really want a serious relationship with you or he wants you to be his other half forever. Kalau setakat dalam whatsapp kepangkepungkepang baik kau takyah kecoh sangat. Nanti malu huhuhu


P/s : Sekarang aku still contact dia tapi aku tak tahu perasaan dia kat aku macamana. Aku masih harap dia suka aku balik harharhar dasar tak tahu malu

Tuesday, September 1, 2015

NAK KURUS, NAK CANTIK, NAK FLAWLESS

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum gais! Jumpa lagi kita. Macamana projek diet semorang? Jadi tak? Kalau aku dah hancus lebur berderai sebab sekarang ada kat Malaysia, tak boleh control makan haha kalau tak nanti balik Egypt menyesal haa.

Takpe takpe balik Egypt kita join balik segala kelas senamrobik ke gym ke kita workout like crazayhhhh!

Sekarang iolls nak share satu product ni yang sesuai utk semua jenis masalah kulit tak kira kulit berjerawat ke kulit berminyak, kering, jeragat dan sebagainya. Mestilah selain nak kurus, kulit muka pon penting tau. Kena jaga betul2 jugak.

Kebetulan hari ni last day MERDEKA SALE, so memang sangat untung kalau korang try product yang tengah terlajak laris ni.

Testimoni di instagram : #testimonimiracleMHserum
Dropship : Izzahzulaikha
No whatsapp : +60148012154


Nak tahu details whatsapp izzah tau. Nanti izzah bagi kat korang list harga siap dengan gambar testimoni lagi haaa. Whatsapp tau kalau pm fb boleh jugak tapi add friend dulu tau sebab takut tak keluar noti kat messenger 😊

NAK KURUS? JAWAPANNYA ATKINS!
NAK CANTIK FLAWLESS? MIRACLE MH SERUM LAH JAWAPANNYA 😘😘😘



Sunday, May 10, 2015

Going Fit Challenge : 2ND WEEK NEW LEVEL WORKOUT

Hai Assalamualaikum. Now kita dah sampai ke minggu kedua so workout pon kena kasik up sket biar semua makin power ye dak. Here short entry about level baru ni and kalau taktau macamana nak buat crunches and plank boleh tgok video kat bawah ni tau, Happy workout!




HOW TO DO CRUNCHES! 




HOW TO DO PLANK!




HOW TO DO JUMPING JACKS!


Monday, May 4, 2015

GOING FIT CHALLENGE PART 1 : JUMPING JACKS

Hai Assalamualaikum! i'm back! sorry for the late update guys. Hari ni baru je lepas exam practical untuk module Cardiovascular System. Kena betul module ni dengan mission kita sekarang kan hehehe. Sorry guys otak aku pon tengah pening-pening lalat lagi lepas hadam 7 subject untuk practical ni. Namateyy ! Part hari ni pon aku tak buat lagi workout hahaha jangan jealous ye kita beza waktu 6 jam. Kat Mesir sini baru kul 9.06 malam so sempat lagi huhu :P





Camne workout hari ni? Buat tak? haa haa jangan nak mengelat okehh nanti tak fit jangan salahkan iolls hahaha. so far korang faham je kan list workout untuk 1st week tu? senang je kann. just buat lompat bintang jer. Kalau korang rajin sikit boleh tambah workout2 lain contoh macam abs workout ke, plank ke tak kesah asalkan yang jumping jack tu wajib buat!


For those yang dah biasa workout mesti pikir,

 "Eleh ika ni kasi jumping jack je padiaa. senang sangat cam kacang buncis"

Hello guys for starting we must do basic first. Untuk cardio. Sebab tu iolls kasi uolls lompat bintang je. Lompat bintang/Jumping jacks kalau buat non stop tiap hari 5 minit (tak kesah berapa kali for sure buat 5 minit) iolls confirm uolls lepas tu boleh jogging dengan jayanya tanpa huh hah huh hah semput haa gittewww. Pastu kalau nak buat other workouts pon senang sebab cardio dah mantap, buat pon tak letih sangat.


Meh nak repeat balik mission kita untuk GFC minggu ni :

1st WEEK : JUMPING JACK

AHAD      : 10x PAGI, 10x PETANG
ISNIN      : 15x PAGI, 15x PETANG
SELASA  : 20x PAGI, 20x PETANG
RABU      : 25x PAGI, 25x PETANG
KHAMIS  : 30x PAGI, 30x PETANG
JUMAAT : 35x PAGI, 35x PETANG

SABTU IS FOR REST DAY!


Got it? Kalau korang tak faham pape boleh tanya direct dekat FB atau instagram aku tau. Jangan malu-malu huhu.


For those yang baru nak join #GFCwithika korang masih belum terlambat nak join sebab kita baru je start 3 May so korang boleh kejar lagi okay? Kita masih di 1st week. Next week kita akan naik ke level yang tough sikit pulak so make sure 1st week punya workout ni complete. Tak sabar kan nak tau what's next? stay tuned!


P/S : baru lepas check page views untuk entry 'Going Fit Challenge in One Month' yang semalam punya. Thank you sebab sudi baca blog ni! you guys rockssssss ! 1385 views!

INSTAGRAM : @izzahzulaikha
FACEBOOK : Izzah Zulaikha




Saturday, May 2, 2015

GOING FIT IN ONE MONTH CHALLENGE

Assalamualaikum! Bersawang betul blog ni haha maap ler busy bebenor lately dengan ALESCA (Alex Sports Carnival) dengan study lagi dah nak exam dah isnin ni *sigh* Macam ni lah hidup dengan exam jer tiap bulan poning eden hahaha.

Dah lama takde cerita baru hot panas meletop kebaboom kan? *mashaaALLAH sistur ini semua duniawi belakaaa* hahaha topic hawtt sekarang opkos ler DIET hahaha angkat kening sikit.

Memandangkan sekarang dah masuk May pastu bulan ramadhan pulak kurang dari 50 hari je kan so jom lah kita sama-sama prepare diri fizikal, mental dan rohani jangan lupa. Apa guna puasa sebulan tapi kau tetap buat jenayah kan? i mean benda-benda mazmumah yang korang sendiri tau apa yang korang buat aku malas nak sebut sebab masing-masing tau diri sendiri. Tepuk dada tanya iman okay? Belum terlambat lagi. ALLAH tu Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun Maha Penerima Taubat :)

Tetiba tadi tengah buat workout tetiba timbul idea nak buat challenge "Going Fit in One Month Challenge". Taknak fit sengsorang, tak best. Kalau ada kawan yang nak fit sihat sesama kan best. Fit ye, bukan kurus! Sape pikir nak kurus dalam masa sebulan ni mohon hantuk kepala kat dinding laa ni jugak hahaha. Mana boleh nak kurus senang-senang camtu je. Jadi fit pon dah okay. So sape nak join say "YEAHHHH !"

Sape berminat kita start esok okay? 3 May sampai 3 Jun. Okay lah kan sebulan jer. Aku rasa kalau aku bagi contoh-contoh workout yang aku buat tobat korang buat sehari je dah meraung hahaha. Serious agak tough kalau bagi orang yang jarang or tak pernah buat workout. But dont worry, at first maybe rasa macam letih gila namateyy tapi in a week korang akan rasa puas and happy gila buat workout. Gittewwww

Okay sape nak join jangan lupa follow instagram aku @izzahzulaikha sebab aku banyak update kat sana. Nah ni contoh workout untuk thigh yang aku buat. JOM CHECK IT OUT !


Any questions boleh ajukan dekat instagram okay? inshaaALLAH akan dijawab secepat mungkin :) Btw, aku pon tengah buat Diet Atkins sekarang ni. Banyak perubahan tapi kalau april ni memang banyak kelaut China Selatan hahaha. Cheat jer hari2 tapi okay jer sebab naik 1kg jer hahahahaha nasib baik gue. Untuk May ni aku bertekad dengan tekadku setinggi gunung Everest nak back on track. So again sape nak join fit sesama JOM !!




Tuesday, February 3, 2015

Sakit

Alone here without family. Plus ada kawin yang terasa hati dgn aku rasa nak study pon tak senang asyik pikir je. Exam 9hb Allahu, tolong bagi aku kekuatan. Ni rasa nak demam je satu hari asyik nangis. Letih. Letih dgn hidup 😢

Saturday, January 24, 2015

Define RINDU.

Assalamualaikum.




RINDU RUMAH NAK BALIK MALAYSIA TAK TAHAN DUK SINI. Okay memang tu tujuan update entry baru sebab serious rasa nak balik rumah sangat-sangat argh i iz so stress. Stress sebab tak cukup duit nak balik time winterbreak ni. Rindu nak gurau main wrestling dengan adik-adik, rindu nak kerja belajar kereta dengan abah, rindu nak borak dengan umi pasal masa depan *EH. Rindu semua bendaaaaaaaaaaaaa.




Kan nampak tak takde motif langsung entry ni *Sigh. Please lend me your money so that i can fly~~

Sekarang dah nak hujung bulan january dah so next month dah kira bajet apa semua nak guna duit, nak menabung untuk kawin lagi *EH LAGI. Okay tipu je calon tarak nak kawin camne. Malas pikir. Bila tiba masa dah bersedia, inshaaALLAH Allah datangkan jodoh tu kan.

It's normal kan bila ada perasaan kat someone tu kau macam suka gilaa kat dia tapi we can put aside feeling tu and just be friend. Bila pikir pasal kawin aku jadi takut. Aku bukannya baik sangat. Aku kena jadi baik or erti kata lain, "solehah" so that kau mampu nak laksanakan and pikul tanggungjawab yang besar jadi seorang isteri dan bakal ibu untuk zuriat-zuriat yang mampu memimpin agama ALLAH ini inshaaALLAH. Ceh aku rasa dah dewasa benor cakap pasal ni even though still tinggi size budak sekolah menengah haha. MasyaALLAH sisturrr

Teringat kawan aku sorang ni ada cakap,

 "ika, aku tak sangka kau cengeng rupanya. Aku tengok kau nampak cool hati sado rupanya tak hahaha".

LOL.