Saturday, September 12, 2015

Cerita Ceritu Ceriti

Bismillah. Assalamualaikum!

Rindu nye nak membebel kat blog ni. Internet punya pasal lah ni susah sangat kat Malaysia. Wifi takdak. Kat Egypt senang je wifi laju bakhang campur unlimited lagi memang boleh lagha tak study sentuh buku langsung satu hari haha.

Tapi kalau balik Egypt nanti, rindu Malaysia pulokk haih susah nau belajor jauh sangat. Rasa nak pindah Malaysia je tapi bila pikir wifi laju tu tak jadi pulak. Eh hahaha

Tahun ni balik Malaysia rasa macam terisi sikit lah masa tu sebab ada pergi kem 3 hari lah, buat program dengan junior sekolah dulu 2 hari, belajar kereta dengan abah tapi yang selebihnya duduk rumah goyang kaki kemas rumah jadi bibik tak bergaji 😑

Boring pulak bukak topik aku je kan 😐 okay lah aku rasa nak bukak topik yang berkaitan dengan hati dan perasaan lah pulak ceh dah dewasakan topik pon kenalah maju kihkih 😂

Korang pernah tak kena friendzone? Erti kata lain macam korang ada suka someone ni pastu bila dia dapat tahu korang suka terus dia reject jatuh gaung. Ada tak? Kalau aku mesti lah pernah rasa huhuhu

"Saya tak pernah anggap awak lebih daripada kawan baik level 1"

Nahh siap berlevel katakau. Pedih terus ulu hati aku bila dapat ayat camni daripada seseorang. Gila tak pedih. Rasa nak tikam diri pon ada. Astaghfirullahalazim tapi takde lah nak tikam betul, cuma nak tikam dengan pisau mainan ja haha weh aku waras lagi okeh.

Masa tu memang meroyan habis lah tisu berkotak habis, nangis berjam2 sampai bengkak mata dahsyatt siot aku. Aku more to nak marah lah kot berbanding sedih sebab perasaan aku kena main sedemikian rupa sobs. Sedih pon sedih sebab hodoh sangat ke hakak ni sampai direject begitu sekali. Yela dah hakak ingat kau suka akak jugak tapi tiba-tiba kau cakap camtu. Sampai hati 😢

Gila tak sedih kau sayang and suka orang tu bagai nak rak and kau bajet dia pon suka kau sekali dia cakap macam tu tak ke rasa nak bunuh diri? Malu kot. Main tepuk amai-amai sorang-sorang. Dasar ika pipi tersorong-sorong!

Agak susah lah nak bangkit balik lepas down jatuh bangunan 300 tingkat macam tu. Take time jugak. Aku banyak whatsapp dapat tips and semangat daripada kawan-kawan aku. Aku perlukan support system yang kuat gila biar aku tak mudah rebah walaupun kat luar nampak aku macam kental sado gila tapi dalam hati Allah je tahu. Allahuakbar.

Dalam seminggu sebelum tu aku ada story story dengan kawan aku. Dia cerita yang dia kena tipu dengan bf dia selama ni ingat bf dia tu sayang dia gila namatey sekali dapat tahu dah ada gf lain. Boleh pulak buat dono muka tak bersalah cakap kat kawan aku,

"Kita kan kawan, kau kalau ada suka or couple dengan sape2 bagitahu lah aku"

LOL gila mamat ni. Kalau aku jumpa rasa nak terajang je dia masuk longkang. Ni dasar hati batu ke apa perangai macam tu mainkan perasaan orang. Aku ni punya lah hari tu sumpah seranah bagai sekali seminggu lepas tu aku pulak kena benda yang sama. Haha gila memang gila. Aku senasib dengan kawan aku tu nampak gayanya kot haha *gelak sambil nangis*

Aku jeles dengan ayiz. Someone special dia sayang gila namatey kat dia and one day tiba-tiba macam ada betina mana ntah nak rebut pakwe dia, diorang punya fight for each other memang kuat i tell you alhamdulillah diorang bahagia. Sekarang tunggu green light je dah boleh terus kahwin dah. I'm happy for you yiz!

Moral of the story, kau takkan tahu seorang lelaki tu betul2 suka kau unless dia pergi jumpa dengan family kau terus ajak kahwin thats baru boleh kata he's really want a serious relationship with you or he wants you to be his other half forever. Kalau setakat dalam whatsapp kepangkepungkepang baik kau takyah kecoh sangat. Nanti malu huhuhu


P/s : Sekarang aku still contact dia tapi aku tak tahu perasaan dia kat aku macamana. Aku masih harap dia suka aku balik harharhar dasar tak tahu malu

Tuesday, September 1, 2015

NAK KURUS, NAK CANTIK, NAK FLAWLESS

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum gais! Jumpa lagi kita. Macamana projek diet semorang? Jadi tak? Kalau aku dah hancus lebur berderai sebab sekarang ada kat Malaysia, tak boleh control makan haha kalau tak nanti balik Egypt menyesal haa.

Takpe takpe balik Egypt kita join balik segala kelas senamrobik ke gym ke kita workout like crazayhhhh!

Sekarang iolls nak share satu product ni yang sesuai utk semua jenis masalah kulit tak kira kulit berjerawat ke kulit berminyak, kering, jeragat dan sebagainya. Mestilah selain nak kurus, kulit muka pon penting tau. Kena jaga betul2 jugak.

Kebetulan hari ni last day MERDEKA SALE, so memang sangat untung kalau korang try product yang tengah terlajak laris ni.

Testimoni di instagram : #testimonimiracleMHserum
Dropship : Izzahzulaikha
No whatsapp : +60148012154


Nak tahu details whatsapp izzah tau. Nanti izzah bagi kat korang list harga siap dengan gambar testimoni lagi haaa. Whatsapp tau kalau pm fb boleh jugak tapi add friend dulu tau sebab takut tak keluar noti kat messenger 😊

NAK KURUS? JAWAPANNYA ATKINS!
NAK CANTIK FLAWLESS? MIRACLE MH SERUM LAH JAWAPANNYA 😘😘😘