Wednesday, January 29, 2014

Surah AL-HAJJ

Assalamualaikum. Nak ambik mood sikit before start study hehe *baru lepas supper* so nak update blog kejap. On the last entry saya ada bagitau nak share pasal surah Al-Hajj ayat 39-46 kan? InsyaAllah saya nak kongsi sikit info yang saya dapat pasal tafsir ayat nih. Sikit pon jadi lah kan daripada tak dapat apa-apa, betul tak? Semoga bermanfaat buat semua insyaAllah. 


Okay mengenai ayat 40 surah Al-Hajj ada disebut tentang


 "orang-orang diusir dari kampung halamannya tanpa alasan yang benar...". 


Bila baca tafsir ini tidakkah kita terdetik tentang saudara-saudara kita di Palestin bagaimana mereka diusir daripada negara mereka sendiri oleh israel laknatullah sampaikan mereka terpaksa menjadi pelarian sedangkan mereka mempunyai negara mereka sendiri. Negara mereka dikuasai oleh israel sehinggakan sebahagian seluas-luas wilayah Palestin kini hanya tinggal tak sampai separuh pon. Ya Allah, kejam sungguh israel laknatullah.






"....Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama-Nya). Sesungguh, Allah Maha Kuat, Maha Perkasa".


Tiba sampai tafsir ni otak mula berfikir, ya Allah apa sumbangan aku selama ni dalam menolong agama Allah. Aku ada buat tak? Rasa macam rugi sangat hidup hampir 19 tahun tetapi sebanyak manakah yang pernah aku sumbangkan untuk Islam? 10% ? 20% ? 50% ? Dulu pernah jugaklah terfikir, hmm maybe sampai sekarang kot fikir, macamana aku nak tolong agama Allah? Kalau nak pergi berperang kat Palestin rasanya macam tak sanggup lagi pergi ke arah itu. Subhanallah, kagum betul dengan semangat sahabat-sahabat Rasulullah yang terdahulu sanggup syahid semata-mata demi menegakkan Islam. Kagum dengan semangat rakyat Palestin even kanak-kanak sanggup berperang dan syahid. Kerdil rasa bila mengenangkan diri sendiri. Ya Allah :'(


"Maka tidak pernahkah mereka berjalan di bumi, sehingga hati (akal) mereka dapat memahami, telinga mereka dapat mendengar? Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada". (Al-Hajj ayat 46) 






A : buta hati ni macamana? tak faham lah.
B : err... 


Buta hati ni lagi 'kronik' daripada buta mata. Hati kita dah beku dah keras, dah hitam, dah susah nak mendengar apa-apa nasihat dan bila Allah dah kunci hati daripada mengenal Allah dan menerima apa-apa kebenaran dari Allah. Itu dikatakan buta hati. Nauzubillah.






Pejamkan mata, muhasabah diri sejenak moga kita tak tergolong dalam golongan ini. Hm masih lagi terasa hati? Alhamdulillah, bersyukurlah kalau hati kita ni masih terjentik lagi nak menerima nasihat, hati ni masih tak kalis lagi dari tembakan peluru-peluru nasihat. Jom kita sama-sama berubah ke arah yang lebih baik lagi insyaAllah sebab nak masuk syurga ni tak syok kan kalau masuk sorang-sorang? haa kan? So, jom kita pimpin tangan sama-sama masuk syurga :)





Maaflah kalau apa yang saya sampaikan ini tak cukup 'sampai' untuk dibaca. Ayat kurang menarik sikit kot almaklum lah setahun dah tinggal buat esei bahasa melayu hehe. Setakat ini je yang mampu saya share kan. Aaaaaaa sedihnya rasa macam ayat tunggang-langgang sikit huhu. Saya budak baru belajar *lap air mata*. Kalau ada rasa macam tak kena je apa yang saya share tu boleh left your comment below. Sila beri tunjuk ajar bagi sesiapa yang lebih arif *bow bow*. Boleh kita sama-sama share apa yang kita tahu kan? InsyaAllah setakat itu sahaja untuk entry kali ni. Nak sambung study pulak hehe. Doakan kejayaan saya untuk exam module 2 & 3 untuk final sem 1 pada 4 Feb and 15 Feb insyaAllah. Assalamualaikum dan selamat beramal :)

No comments:

Post a Comment