Friday, January 31, 2014

Kahwin?

Assalamualaikum. Haih rasa tak lengkap rasa kalau sehari tak update blog. Ceh ayat hahaha. Hambar k hambar *krikk krikk*. Okay sejak duk sini kan, sejak masuk alam ke arah dewasa ni mesti mulut ni gatal jer nak cakap pasal kahwin. Rasanya mostly semua orang macam tu kan. Tipu lah kalau cakap tak haa haa baik semua ngaku cepat! Hahahahaha







Kalau kahwin awal cakap gatal tapi couple takpe plak? Fatwa dari mana ni adek oii. Ni mindset orang kita sekarang. Sedangkan kahwin dapat elak daripada zina, tapi couple? haa cuba duduk sejenak dan fikir adakah dengan couple lebih banyak dapat kebaikan ke keburukan. 



"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk". (surah Al-Isra', ayat 32)



Teringat sebelum datang mesir ni, pak cik saya, Ayah Ngah ada bagitahu :



"Kak ika, kalau nak cari bakal suami cari yang hensem lah sikit tapi sebelum tu bawak datang rumah. Kita buat jamuan sikit, lepas tu ayah ngah nak test jadi imam. Boleh ke tak nak jadi suami. Nak kahwin, tapi jadi imam pon tak lepas mana boleh".



Hahaha tergelak dengar ayat Ayah Ngah. haduhh lambat lagi kot. Tak terfikir nak kahwin masa belajar sebab umi dah bagi warning awal-awal lagi dah *hehehe*. Banyak benda yang saya nak capai lagi dalam hidup ni sebelum nak jadi zaujah orang. 1st, kerja dulu. Then tu barulah waktu yang sesuai kot nak fikir pasal ni.






Haa before nak dapat yang 'awesome' before tu diri sendiri kena lah prepare untuk jadi 'awesome' dulu. Teringat tajuk diskusi dalam Masjid An-Naim masa sekolah dulu haha. Ni tajuk diskusi yang paling HOT kot. Semua bersemangat nak dengar hehe.


"MENJADI YANG SOLEHAH SEBELUM MENDAPAT YANG SOLEH"






Saya : Kak Hana, Kak Yana (housemate) pakcik kita suruh kita cari yang hensem. Macamane ni? Kalau tak dapat yang hensem???
Kak Hana : Hensem rupa tak penting ika. Yang penting imannya tuh kena 'hensem'.



Perghhhh daebak lah jawapan Kak Hana. Ternganga jugak lah masa mula-mula dengar haha. Kalau fikir balik, betul lah jugak kan hmm hehe. 





Definisi lelaki yang hensem bagi saya :

             1. He must really good in religion because he's the one who have to guide me
                 and our children in the future.
             2. Love and respect his parents.
             3. Know his responsibility to his family.
             4. Independent *sifat kebapaan tu penting*
             5. Can accept me with all his heart *ceh yang ni tak boleh blah haha*

+

tambahan, yang hafal quran *kalau boleh*



Bagi saya, part yang hafal Al-Quran tu lah yang the most handsome man in the world ever! Even dia bukan hafal satu AL-Quran pon. Actually i'm really admiring people yang menghafaz ni. like seriously tetiba rasa macam wow wow wow je. Excited kot haha. Kadang-kadang boleh jadi inspirer and pembakar semangat nak hafal jugak. Kagum dengan mereka-mereka ni. Subhanallah.







Senang cerita lah kan, untuk dapat yang baik ni bukan senang sebab apa yang penting diri sendiri ni ha kena jadi baik dulu. Yang mana sekolah lagi tu, takyah sibuk-sibuk nak fikir pasal kahwin okay? Belajar dulu adikku sayang. Okay lah, setakat ini sahaja untuk entry kali ni. Jari jemari ni pon dah letih dah menaip hehe. Bye Assalamualaikum. Jaga diri jaga iman jaga hati sayang :)



No comments:

Post a Comment